Babab.net

Saturday, 20 August 2016

Gempar Nora Danish Bankrup Akibat Buka KAFE.



Pelakon Nora Danish menyangkal laporan kafe miliknya Kopi & XOXO yang diusahakan bersama rakan kongsi di Bangsar ditutup kerana tidak mampu membayar sewa bulanan yang tinggi.
Nora sebaliknya berkata, penutupan itu terpaksa dilakukan kerana kafe berkenaan selama ini hanya menumpang pada lot kedai yang mengusahakan butik sudah tidak lagi beroperasi.

Nora Danish kini sibuk menguruskan dua cawagan baharu kafe miliknya.

“Sebenarnya bukan tidak mampu bayar seperti didakwa tetapi perniagaan utama di bangunan itu iaitu butik Rumoda sudah tidak lagi beroperasi.
“Apabila Rumoda keluar, tidak berbaloi untuk kafe kami meneruskan perniagaan di situ kerana tempat itu yang juga sebuah rumah tidak sesuai untuk berniaga.
“Itu sebenarnya punca Kopi & XOXO ditutup dan bukannya kerana tidak mampu bayar sewa,” katanya.


Jurrasic World Malay
Antara barisan pelakon yang terlibat meminjamkan suara mereka untuk filem Jurassic World versi bahasa Melayu.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Jurassic World versi Bahasa Melayu yang diadakan di KL Sentral di sini, Selasa.
Bagaimanapun Nora mengakui bukan mudah untuk dia melakukan proses alih suara dan mengambil masa selama dua hari menyiapkan bahagiannya yang memegang watak Claire.
“Harus saya akui melakukan proses alih suara bukan mudah dan saya mengambil masa lima jam setiap sesi selama dua hari untuk menyiapkan bahagian saya.
“Tetapi ia pengalaman baharu untuk saya kerana saya juga dapat belajar tentang lontaran vokal memandangkan suara saya yang agak halus,” ujarnya



Wednesday, 17 August 2016

KAMAL ADLI DAN EMMA MAEMBONG SUDAH PUTUS CINTA


Pepatah Bagai Pinang Dibelah Dua kami sering kaitkan dengan hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli yang dahulunya cukup manis dan kelihatan manis bersama. Kisah cinta mereka menjadi kegemaran ramai, malah ada yang mahu menjadi seperti pasangan tersebut.

Namun, tak semua melalui saat - saat bahagia selamanya. Kadang - kadang dalam perhubungan pastinya ada hujan dan ribut yang melanda bagi menguji kesetiaan dan kasih sayang pasangan.

Bermula daripada kenyataan Emma yang menggambarkan hubungan mereka bermasalah, pengakuan Kamal tentang kesilapannya serta gosip kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka, semuanya menjadi satu tanda tanya.

Walaubagaimanapun, terbaru menurut Raja Mawar di Bipop, hubungan Emma dan Kamal sebenarnya sudah berakhir minggu lepas. Menurut sumber Raja Mawar, Emma sendiri yang membuat pengakuan tersebut.

Mungkinkah Emma sudah terasa hati dengan sikap Kamal? Sayangnya ramai yang mengharapkan hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin memandangkan Emma dan Kamal pernah melalui episod cinta yang agak sedih bersama bekas kekasih masing-masing.

Mungkin ini lah sebabnya orang tua-tua berkata, kalau bercinta jangan lama-lama. Kamal, kalau anda dan Emma sudah betul-betul saling mencintai, masuk meminang sahaja dan buktikan kasih sayang anda pada pasangan.



'Awas Jangan Cari Isteri Orang Kelantan, Kalau Korang Tak Baca....'


Sesuatu yg menarik untuk dikongsi dalam artikel kali ini berkenaan dengan gadis Kelantan. Ramai yang kata gadis cantik kebanyakkannya dari Kelantan. Pasir Mas adalah lubuk gadis-gadis cantik dan cun. 

Ini adalah 5 alasan untuk ada terutamanya lelaki supaya sentiasa berwaspada dengan wanita dari Kelantan. 

1. Elakkan Menipu Wanita Kelantan Dalam Hal Berniaga
2. Mereka Sangat Menggoda
3.Sangat Berdikari
4.Manisnya Mulut dan Lembutnya Tutur Kata
5. Berani,

Sebarkan kepada rakan lain, Ini adalah pengalaman admin sendiri yang pernah bercinta dengan awek Kelantan....



AWAS!! PENIPUAN RESIT MAYBANK

Sekarang  ni bermacam-macam penipuan dok ada.. Naik risau kadang-kadang nak membeli online atau menjual online..  Kalau membeli, kene tipu dengan scammer-scammer online.. Kalau menjual pulak kene tipu dengan pembeli pulak.. Adoiii.. Banyak putar belit manusia sekarang..

Macam aku sebagai pembeli online, penah kene tipu sekali time beli tudung Aidijuma dengan seorang scammer.. Aku tak tahu penjual tu penipu.. Time tu aku baru berjinak-jinak dengan tudung AJ ni.. Mane la aku tahu ada scammer bagai time tu.. Aku ingat semua penjual berada dijalan yang lurus.. Haha.. Daif nye aku time tu yekk.. Biasala, kalau nak beli sesuatu mesti carik yang harga murah ye tak?? Kebetulan penjual tu jual memang murah dari yang lain.. So aku beli la dengan dia.. Duit dah transfer tapi barang tak sampai-sampai.. Bila tanye penjual tersebut, macam-macam alasan dia kasi.. Bila siasat, rupanya dia dalah scammer online yang memang dah dikenali.. Hampeh betol laa... Makan la ko duit haram ye.. Huhu..


Itu kisah penjual penipu.. Sekarang dok viral pasal pembeli lak kaki penipu.. Dok tipu resit pembayaran.. Resit Maybank.. Haiiyoohh macam-macam manusia sekarang ni.. Siap buat jual beli resit tipu tu.. Macam-macam cara nak kaut untung ye.... Mencari untung pada jalan yang haram... Semoga semua peniaga online berhati-hati dengan taktik keji ni... Check dulu penerimaan bayaran, baru pos barang... Orang sekarang ramai dah yang tak boleh dipercayai kan.. Berhati-hatilah..


37 Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran Disumpah Jadi Monyet Dan Babi


Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu....

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya....

Seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.

Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru....

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah....

Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat....

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai....

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah....

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan....

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tenggelam sekelip mata. Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan....

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi. Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan....

Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan....

Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah....

WaAllahuAlam….